Expired : 18.06.18

‘Tiada kejutan Belanjawan kerajaan PH’

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1440H, Jumaat – Ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang baru sahaja dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak memberi sebarang ‘kejutan’ kepada rakyat.


Malah, beliau berkata, semua belanjawan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mempunyai kelainan besar, berbanding belanjawan tahun lalu.


“Walaupun kelihatan Belanjawan 2019 telah mengemukakan beberapa cadangan, tetapi kita dapati tiada kelainan besar. Tidak ada sebarang kejutan apatah lagi keajaiban,” katanya.



Beliau berkata demikian di lobi Parlimen selepas selesai pembentangan Belanjawan 2019 hari ini.


Pada masa sama, Zahid turut mengkritik apabila tiada peruntukan khusus untuk petani dan nelayan selain pekebun kecil yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi.


Guan Eng petang tadi mengumumkan kerajaan PH memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion untuk Belanjawan 2019 berbanding RM290.4 bilion pada Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu.


Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


The post ‘Tiada kejutan Belanjawan kerajaan PH’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop