Expired : 18.06.18

Tiada lagi ancaman Ribut Tropika Pabuk


BANGI, 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) hari ini memaklumkan kedudukan Ribut Tropika Pabuk semakin menjauhi perairan negara dan tidak memberi ancaman kepada Malaysia.

Ketua Pengarah MMD dalam satu kenyataan berkata, Ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 8.9°U 98.2°T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (km/j) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala.

Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebih 50 km/j dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket.

“Jarak ribut ini dari bandar Arau adalah 362 kilometer dan Langkawi adalah 345 kilometer. Kedudukan Ribut Tropika Pabuk semakin menjauhi perairan negara dan tidak memberi ancaman kepada negara.

“Sehubungan itu, ini merupakan makluman terakhir mengenai Ribut Tropika Pabuk,” katanya.


The post Tiada lagi ancaman Ribut Tropika Pabuk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop