Expired : 18.06.18

Tiada Lagi Hutan Konkrit! Ini Sebab Mengapa Setia Alamsari Kediaman Sempurna Anda!

Rumah yang selesa, luas, moden dan menenangkan pastinya antara idaman semua orang.

Namun adakalanya sukar untuk capai kesemua aspek ini. Jika rumah dah lawa, saiz tanah pula sempit, tidak selesa atau leasehold.

Akhirnya, anda mungkin cenderung untuk memilih rumah yang salah.

Berita baik untuk anda yang inginkan rumah yang sempurna, Setia Alamsari yang terletak di Kajang menjanjikan kediaman yang serba lengkap dan pegangan kekal.

Mengapa? Anda lihat dulu dua kategori rumah ini
 

#1 Rumah Malkoha Serba Moden


Rumah dua tingkat jenis 'superlink' ini dibina pada keluasan tanah sebesar 24 X 85 manakala saiz rumah sekitar 2,141 hingga 2,293 kaki persegi.

Malkoha membabitkan empat bilik tidor dan juga empat bilik air, sesuai untuk anda yang berkeluarga besar.

Jadi apa yang menariknya Malkoha ini? 

Malkhoha memfokuskan elemen moden, jadi saiz tingkap direka sedikit luas bagi membolehkan pencahayaan semula jadi masuk ke dalam rumah.

Jadi, bagi mereka yang gemar dekorasi rumah dengan tanaman indoor, sesuailah!

Lebih menarik lagi, terdapat ruang tanah ekstra seluas 15 kaki di belakang rumah yang membolehkan anda menanam pokok bunga atau berkebun.

Selain itu Malkoha turut dilengkapi tempat parkir rumah yang lebar serta bahagian dapur yang luas merangkumi kering dan basah.

Bagi mereka yang gemarkan citarasa mewah di bilik mandi, maka kesemua bilik pada tingkat bawah dilengkapi dengan 'en-suite bathrooms'. Tak perlu ke hotel dah!

Dengan tagline 'Living in modern simplicity' ruang antara ruang tamu dan bahagian dining Malkoha direka secara bersepadu supaya tampak lebih 'seamless'.

Malkoha menyediakan 47 unit sahaja.


#2 Rumah Heron Untuk Pencinta Alam



Pada mereka yang lebih menyukai pemandangan yang lebih 'mahal' maka Heron mungkin pilihan terbaik kerana dibina berhadapan tasik. 

Sesuailah dengan tagline Heron iaitu 'Lakeside Living & Amidst Nature'.

Heron dibina secara dua tingkat di atas keluasan tanah sebesar 24 X 85 dan membabitkan ruang rumah seluas 2,273 hingga 2,358 kaki persegi.

Terdapat empat bilik dan juga empat bilik mandi.

Kelebihan utama Heron pastinya kedudukan yang berhampiran dengan tasik serta kawasan taman yang indah.

Sama seperti Malkoha, turut dilengkapi tempat parkir rumah yang lebar serta bahagian dapur yang luas merangkumi kering dan basah. 

Ruang antara ruang tamu dan bahagian dining Malkoha direka secara bersepadu dan 'seamless'. 

Disebabkan ia lebih eksklusif, maka hanya 18 unit saja tersedia.

Harga kedua-dua rumah ini bermula dengan RM 692,000.
 

Adakah Setia Alamsari Pilihan Tepat?



Tidak perlu terlalu jauh jika mahukan ketenangan, lokasi di Kajang merupakan pilihan terbaik ketika ini.

Jangan terkejut kerana Setia Alamsari berkeluasan sebesar 775 ekar, sekali gus menjadi ‘township’ terbesar di Kajang. 

Namun, apa yang lebih penting ia dikelilingi keindahan alam serta pokok semula jadi. 

Tiada lagi istilah hutan konkrit! Kali ini betul-betul dekat dengan nature, lebih tenang dan mendamaikan. 

Tidak cukup dengan itu kedudukan Setia Alamsari yang terletak di Kajang sangatlah strategik.

Bayangkan kurang 10 kilometer (KM) untuk anda sampai ke kawasan hospital, sekolah mahupun pusat membeli belah. 

Stesen komuter tidak perlu dipersoalkan kerana hanya 1 KM dari Setia Alamsari!

Jangan Lupa Sertai Acara Rainbow Crush Saga @ Setia Alamsari!


Pada mereka yang berminat, anda tidak perlu tunggu lama kerana pada 19 Oktober ini akan berlangsungnya acara Rainbow Crush Saga @ Setia Alamsari.

Bermula 11 pagi hingga 7 malam, acara yang diinspirasikan daripada keseronokkan permainan popular ‘Candy crush saga’ ini pastinya membuatkan anda terliur!

Jadi apa yang menarik? Anda berpeluang untuk menyaksikan pelbagai dekorasi menarik yang kebanyakkan diinspirasikan oleh Candy Crush. Senang cerita anda akan memasuki dunia candy crush itu sendiri!

Paling menarik pastinya ‘Ferris wheel’ gergasi yang dipadankan dengan booth bergambar unik!

Pelbagai Aktiviti Menarik!

Yup! Selain dekorasi serba unik dan gempak, anda juga boleh menyertai aktiviti menyeronokkan seperti pemainan Duck Hunt, Sand Art. Cotton Candy, Airbrush Tattoo, Clown, Shark Attack dan banyak lagi.
 
Tidak ketinggalan, terdapat juga permainan Bull Riding dan Cycle Cart untuk anda satu keluarga merapatkan lagi hubungan dengan mencabar ahli keluarga.


 
Terdapat juga bahagian seni dan kraf tangan untuk mereka yang lebih sukakan seni.
 
Makanan juga tidak dilupakan kerana terdapat food truk untuk memastikan perut anda tidak kelaparan.
 
Jika datang awal, pengunjung akan menerima voucher makanan!
 
Jadi apa tunggu lagi? Sambil melihat rumah sambil berseronok!
 
Anda boleh datang terus ke Setia Alamsari Sales Galleria di alamat, No. 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-87362255.
 


Norlida Ishak Shop