Expired : 18.06.18

Tiada Lelaki Mahu Berkenalan, Saya Pun Tak Nak Kahwin Lagi – Rita Rudaini

Sudah lama pelakon Rita Rudaini berstatus janda membesarkan dua orang anak lelaki sendirian, ramai juga tertanya beliau tidak teringin untuk mencari teman istimewa yang boleh mengisi kekosongan di hati. Adalah juga tempat untuk berkasih sayang.



Bagaimanapun, kata Rita beliau tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki buat masa ini dan selesa hidup solo. Pintu hatinya belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.


Saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang, saya bahagia dengan diri saya dan juga anak-anak. Bercakap soal berkahwin kali kedua, saya memang tak nak dan tiada juga yang mencari saya atau berusaha mengenali saya.



Saya sentiasa sibuk menumpukan perhatian menguruskan anak-anak dan kerjaya dan masih tidak terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga kali kedua.


Dua kali gagal dalam perkahwinan mungkin membuatkan Rita tawar hati untuk berkahwin. Namun, kami doakan agar beliau satu hari nanti bertemu dengan cinta sejati yang menyayanginya dan anak-anak sepnuh hati.


Sumber Berita : Astro Gempak


Norlida Ishak Shop