Expired : 18.06.18

Tiada pengisytiharan external disaster: KPJ Pasir Gudang


BANGI, 6 Rejab 1440H, Rabu – KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital menafikan mesej tular dalam medial sosial mengenai pengisytiharan ‘external disaster’ yang kononnya diumumkan pihak mereka semalam.


Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, Hazarul Azly Hamzah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengumumkan pengisytiharan itu sehingga kini.


“Sehubungan itu, KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dalam menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya serta mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan kepada masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Terdahulu, 1,400 pelajar sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, Johor Bahru.


Kedua-dua sekolah kemudian dibuka semula kemudian, tetapi ditutup selepas gelombang kedua pencemaran bahan kimia itu berulang, menyebabkan 207 mendapatkan rawatan.


Pencemaran itu terus merebak, di mana semalam jumlah mangsa yang menghadapi pelbagai simptom meningkat kepada 260 orang, terutama pelajar sekolah.


Dua sekolah iaitu SK dan SMK Tanjung Puteri Resort turut ditutup semalam.


Terbaru, kira-kira 20 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar Pasir Gudang dipercayai menjadi mangsa baharu yang terhidu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.


Difahamkan pelajar berkenaan mengalami pening kepala, muntah dan loya sebelum segera dibawa ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih yang dijadikan pusat rawatan awal untuk pencemaran bahan toksik.


The post Tiada pengisytiharan external disaster: KPJ Pasir Gudang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop