Expired : 18.06.18

Tiada Penyingkiran Lagi Di Dansa Dan Sing, Enam Peserta Ini Layak Ke Final. Antaranya…


Mempertaruhkan dua tema berbeza malam tadi, enam peserta Dansa Dan Sing telah berjaya melakukan persembahan penuh bertenaga di pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Bertemakan Costume pada pusingan pertama, enam peserta yang terdiri daripada Chubb-E, Sophia Liana, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.




Menurut juri tetap, Linda Jasmine, setiap peserta telah memberikan prestasi baik setiap minggu.


“Malam ini (malam tadi) merupakan sesuatu yang mencabar buat kesemua peserta kerana mereka perlu melakukan dua tugasan yang berbeza berdasarkan tema Costume dan 360.


“Malah, mereka bukan sahaja perlu menghafal lagu,tetapi juga perlu melakukan banyak pergerakan tarian untuk menarik perhatian juri dan penonton.


“Apa jua cabaran yang dihadapi peserta,mereka perlu tahu konsep ini adalah mengutamakan rentak tarian,” katanya.


Pada pusingan kedua yang bertemakan 360 pula, setiap peserta telah tampil dengan  genre yang berlainan dari kebiasaannya.


Terdahulu, Chubb-E dan  Sophia masing-masing mendapat markah 19.4%, manakala Raja Shahiran 17.3% berdasarkan undian online.


Peserta yang mendapat markah rendah adalah Shiha 14.9% ,Wani 14.6% dan Waris 14.4 %.


Bagaimanapun, Shiha berjaya berada dalam kedudukan baik apabila mendapat markah tertinggi dari juri sebanyak 86.57%, diikuti Wani 84.88% dan Waris 82.92%.


Mengejutkan, tiada peserta yang diumumkan tersingkir dan kesemua mereka bakal bersaing diminggu final, merebut gelaran juara Dansa Dan Sing yang pertama.


Program ini telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza, manakala juri tetap adalah Linda Jasmine dan Datuk Rizalman.


Zizan Razak pula merupakan juri jemputan minggu ini.


Untuk makluman, minggu depan merupakan konsert akhir bagi program ini yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.


Foto:Instagram Dansadansing, Azrul Rafie