Expired : 18.06.18

Tiada Sebab Putuskan Hubungan Dengan Bekas Mertua – Nora Danish

Walaupun sudah bahagia berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, pelakon Nora Danish tetap menjaga hubungan baik dengan bekas mertuanya dan menziarahi mereka pada Hari Raya Aildilfitri. Tidak dinafikan, ramai yang hormat dengan sikap Nora.



Menurut Nora, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu.


Saya dan suami selalu bertemu dengan ibu dan keluarga masing-masing. Seminggu lebih dari dua kali. Kami berdua ni memang jenis yang rapat dengan keluarga walaupun sudah berkahwin. Agaknya mungkin kerana kami berdua adalah anak bongsu. Hal ini juga tidak terkecuali dengan keluarga bekas mertua.



Tak perlu fikir apa tanggapan orang yang penting, keikhlasan kami mengekalkan silaturahim antara keluarga tanpa mengira pangkat atau darjat. Lagipun, saya tidak mempunyai keluarga yang besar. Jadi merekalah ‘keluarga’ saya di sini. Kenapa harus ditamatkan ikatan yang sudah terjalin lebih dari 13 tahun?


Memang wajar Nora dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana. Tidak bermakna apabila berlaku penceraian, hubungan dengan mertua juga putus. Apa yang penting dalam menjaga silaturahim adalah lakukannya dengan hati yang tulus ikhlas. Semoga hubungan Nora dan mertuanya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Sumber Berita : Utusan Online


Norlida Ishak Shop