Expired : 18.06.18

Tidak Ada Kisah Cinta Klise, Drama Kampung People Buat Netizen Terhibur

Sudah tiga minggu ditayangkan, drama Kampung People yang dibintangi barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah, telah mencuri perhatian netizen.


kampung people


Dengan genre komedi dan kekeluargaan, setiap episod drama tersebut berjaya memikat hati ramai sehingga ‘trending’ di media sosial.


Tidak dinafikan, sebelum ini penonton sudah bosan apabila disajikan dengan drama kisah cinta klise. Terpaksa kahwin dengan pilihan ibu bapa dan sebagainya. Namun, jalan cerita Kampung People cukup berbeza sekali.


drama kampung people


Malah, setiap pelakon berjaya menghidupkan watak mereka dengan begitu baik dan setiap babak kelakar tampak begitu bersahaja, tidak dibuat-buat.


Jalan cerita ‘best’


netizen terhibur kampung people


kampung people


kampung people


kampung people



Rata-rata netizen memuji bahawa Kampung People, telah berjaya membawa situasi sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik. Drama yang sangat lucu dan realistik.


Lega tiada lagi drama cinta klise


kampung people


drama kampung people


Untuk pengetahuan anda, drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin manakala skripnya pula ditulis oleh Wan Hasliza sendiri bersama Baizura Kahar dan Keen. Wan Hasliza sebelum ini, pernah mengarahkan drama bersiri popular Dunia Baru dan Keluarga Iskandar.


kampung peopleTahniah kami ucapkan kepada pengarah, penulis skrip dan pelakon drama Kampung People yang menghasilkan sebuah karya yang berjaya menawan hati penonton. Meskipun penuh dengan jenaka masuk air, tetap ada mesej yang hendak disampaikan mengenai kisah masyarakat kita. Memberikan impak yang positif serta berguna kepada penonton.


Norlida Ishak Shop