Expired : 18.06.18

Tidak basuh pinggan, budak 12 tahun didera ibu saudara

Polis berkata suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. ― Foto oleh Hari Anggara
Polis berkata suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. ― Foto oleh Hari Anggara

KLANG, 24 Ogos — Seorang kanak-kanak di sini menjadi mangsa dera ibu saudara kerana tidak mencuci pinggan mangkuk.

Ketua polis Klang Selatan berkata mangsa, 12, cedera di tangan, kaki, punggung, badan dan kepala disedari pihak sekolah sebelum dimaklumkan kepada ibu mangsa, lapor Harian Metro.


“Ibu mangsa hanya melawat anaknya sebulan sekali kerana dia bekerja di sebuah kilang di Kapar.


“Rakaman percakapan mangsa menyatakan dia dipukul beberapa kali oleh ibu saudaranya dengan kayu kerana tidak membasuh pinggan mangkuk,” kata ACP Shamsul Amar Ramli.


Beliau berkata suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Norlida Ishak Shop