Expired : 18.06.18

Tidak dipuji cantik, wanita pukul, cekik kekasih

HANYA kerana kekasih tidak memuji dirinya cantik, seorang wanita memukul teman lelakinya berkali-kali malah turut mencekiknya, baru-baru ini.


Ekoran itu, wanita berkenaan, Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, ditahan polis, malam Selasa lalu selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.


Wanita berasal dari Laredo, Texas itu pada mulanya memberitahu polis bahawa kekasihnya yang bertindak menyerang dan cuba mencekiknya, lapor akhbar Laredo Morning Times.


Bagaimanapun, mangsa memberi keterangan berbeza kepada polis.



Menurut mangsa, Lizeth naik darah apabila dia mendiamkan diri ketika wanita itu bertanyakan sama ada dia cantik ketika mereka menonton wayang.


Mangsa mendakwa dia tidak mendengar pertanyaan itu menyebabkan mangsa dipukul beberapa kali ketika berada dalam kereta sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.


Sebaik tiba di rumah, mangsa mendakwa, Lizeth sekali lagi bertindak agresif dengan menolak dan memukul apabila seorang saudara cuba menghalangnya.


Menurut Daily Mail, saudara terbabit turut dipukul Lizeth yang didakwa dengan dua tuduhan serangan dan keganasan keluarga.


Wanita terbabit kemudian dibebaskan dari penjara pada khamis lalu selepas membayar ikat jamin AS$16,000 (RM65,830).


The post Tidak dipuji cantik, wanita pukul, cekik kekasih appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop