Expired : 18.06.18

Tidak hirau sakit, Fattah Amin terhincut ke KLFW

Fattah Amin berkata pergelangan kakinya terseliuh ketika menjalani penggambaran filem pada Isnin. — Foto ihsan Instagram/Fattah Amin
Fattah Amin berkata pergelangan kakinya terseliuh ketika menjalani penggambaran filem pada Isnin. — Foto ihsan Instagram/Fattah Amin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Pelakon Fattah Amin menggagahkan diri menghadiri pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) hari ini.

Fattah, 29, berkata walau terpaksa terhincut-hincut ke KLFW namun penampilannya penting bagi memperomosikan jenama sendiri, lapor Sinar Harian.


“Hendak diikutkan berjalan pun saya tidak boleh sebab terlalu sakit. Jadi, saya hanya makan ubat penahan sakit untuk membolehkan saya berjalan di pentas KLFW.


“Memandangkan ini kali pertama jenama saya sendiri, Fattastic muncul di KLFW,” katanya.


Suami Nur Fazura berkata pergelangan kakinya terseliuh ketika menjalani penggambaran filem pada Isnin.  


Norlida Ishak Shop