Expired : 18.06.18

Tidak mustahil rampasan kuasa berlaku, kata menteri



Seorang menteri hari ini mengingatkan bahawa tidak mustahil akan berlaku rampasan kuasa di negara ini sekiranya orang Melayu membiarkan diri mereka terpengaruh dengan dakwaan bahawa kedudukan mereka sedang dalam bahaya.


Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, ia sesuatu yang boleh berlaku memandangkan banyak institusi termasuk polis dan tentera didominasi oleh orang Melayu.


“Tiada yang mustahil.


“(Ini) khususnya apabila 70 peratus adalah penduduk Melayu dan jika mereka cukup terpengaruh dan mempercayai bahawa kedudukan mereka dalam bahaya. Seperti yang kamu ketahui, polis dan tentera juga adalah institusi berasaskan Melayu.


“Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menangani masalah ini dengan berhati-hati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) itu mengulas ketika ditanya mengenai kemungkinan rampasan kuasa berlaku di Malaysia susulan dakwaan kemungkinan erajaan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad digulingkan.


Khalid berkata, Malaysia perlu lebih berhati-hati kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain.


“Malah dalam masyarakat seperti Mesir, isu kepelbagaian kaum tidak wujud, tetapi rasa tidak selamat dan ketidakpastian dengan kemunculan kerajaan baru setelah pemilihan secara demokrasi, dimainkan oleh daulah terpendam atau deep state.


“Jadi, sepatutnya, mereka harus dianggap kurang terdedah (terhadap rampasan), tetapi dalam keadaan mereka (rampasan kuasa) ini terjadi; jadi dalam kedudukan kita, kita mesti lebih berhati-hati,” katanya. – NMP




The post Tidak mustahil rampasan kuasa berlaku, kata menteri appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop