Expired : 18.06.18

Tidak perlu suara Doraemon, Anwar bantu isteri tukar lampu

Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri semasa tempoh PKP di kediaman mereka. — Foto ihsan Facebook/Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri semasa tempoh PKP di kediaman mereka. — Foto ihsan Facebook/Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamit perhatian warga maya dengan aksi memasang lampu sambil ditertawa isteri.

Berkongsi di media sosial, Presiden PKR mengisi masa di rumah membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.


“Tak perlu suara Doraemon ya,” tulis Anwar dengan menyertakan foto di laman sosial.


Menerusi video, Anwar yang sedikit terpinga-pinga ditertawakan Azizah sebelum muncul seseorang menegur mengenai kedudukan mentol.


Seorang pengikut menyatakan perkongsian Anwar sebagai pengajaran kepada umum tentang bagaimana mengeratkan kekeluargaan walaupun hanya melakukan perkara kecil seperti menukar lampu.


“Kadang-kadang kita tidak tahu macam mana hendak mengeratkan hubungan silaturrahim. Hanya menukar mentol lampu sahaja bila ramai-ramai menyaksikan bergelak ketawa boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan ini.


“Sentiasa menghargai masa yang ada bersama keluarga,” tulis Zakur Hanis di ruang komen.


Usikan Anwar tentang Doraemon, iaitu isu tular melibatkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


“Mungkin Nobita boleh bantu sesuatu Datuk,” sindir Kamil Musa pula. Rujukan Nobita sering dilontarkan pengikut warga maya terhadap pemimpin DAP Lim Guan Eng.


Mendapat 25,000 tanda suka, segelintir pengikut merasakan situasi yang dipamerkan Anwar sebagai simbolik kerana menyifatkan sekecil-kecil usaha memerlukan bantuan lebih daripada seorang.


“Terbaik datuk. Simbolik untuk menerangi negara,” tulis Romeo Oscar Bravo.