Expired : 18.06.18

Tidak Pernah Menganiaya Pekerja, Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya, pelakon Rozita Che Wan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Facebooknya.



Menurut Che Ta, tindakan Muhammad Riduan itu sudah mencalarkan imejnya  kerana menyebarkan cerita yang tidak benar.


Dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas. Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.



Che Ta pada masa yang sama mendedahkan lelaki itu tidak serius dalam bekerja dan menunjukkan prestasi yang hambar. Malah, dakwaan bekerja lebih masa sehingga keletihan juga tidak benar sama sekali.


Tambah Che Ta, bekas pemandunya itu juga  pernah terlelap ketika memandu dan membahayakan nyawanya dan keluarga.


Terdahulu, bekas pemandu itu memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Che Ta menerusi akaun Facebook dan mendakwa dirinya teraniaya apabila gajinya tidak dibayar oleh pelakon itu.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop