Expired : 18.06.18

Tidak Sangka Semuanya Terbongkar, Isteri Kedua Amar Asyraf Munculkan Diri

Setelah dihimpit pelbagai spekulasi dan kontroversi panas, akhirnya wanita dipercayai isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry tampil mendedahkan dia sudah bernikah dengan aktor itu sejak beberapa tahun lalu. Hasil perkahwinan,  mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.


amar asyraf


Menurut Vivy, dia sudah lama menyimpan rahsia tentang perkahwinan mereka dan kini semuanya terbongkar. Vivy berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.


Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga. Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul.


vivy jeffry isteri kedua amar asyraf


Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan redha dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah. Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun, sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri.


Vivy berkata, hubungannya dengan Amar turut diketahui isteri pertama iaitu Arna Salleh tetapi mereka tidak pernah berjumpa.


amar asyraf


Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.


Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini.


amar asyraf kahwin lagi


Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu.mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop