Expired : 18.06.18

Tiga beradik perempuan maut kereta bertembung di Pasir Mas


KOTA BHARU, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Tiga beradik maut selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan kereta lain dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Bukit Tuku, Pasir Mas, tengah hari tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kakak sulung daripada enam beradik, Nurfatin Arina Mohd Asri, 23, yang memandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian bersama adik bongsunya, Anis Saraya, 10, yang duduk di sebelah pemandu.


Manakala adik kedua mangsa, Haifa Amira, 22, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah berkata, pemandu Proton Wira, Mohd Helmi Mustafa, 21, pula cedera parah dan tidak sedarkan diri.


“Ketiga-tiga mangsa berasal dari Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dalam perjalanan ke rumah ibu saudara mereka di Pasir Mas.


“Kejadian berlaku apabila Proton Wira dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal sebelum masuk ke lorong bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pada masa yang sama, Perodua Myvi yang dinaiki tiga beradik itu berada di lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Wira yang dipandu Mohd Helmi.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama


The post Tiga beradik perempuan maut kereta bertembung di Pasir Mas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop