Expired : 18.06.18

Tiga beranak terbunuh dipanah petir, seorang lagi cedera

TIGA beranak maut dipanah petir dalam kejadian di sebuah kandang kambing di FELDA Palong Enam di Jempol, semalam.


Kejadian menyebabkan pasangan suami isteri, S Elangovan, 38 dan P Kaliammah, 36, dan anak lelaki mereka, E Vinesh, 3, maut di tempat kejadian.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, seorang lagi mangsa yang juga kanak-kanak berusia sembilan tahun hanya mengalami kecederaan pada kaki.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.50 malam tadi dan bergegas ke lokasi.


“Kita menemui tiga mayat dalam keadaan terduduk serta terbaring,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.


Muhd Nur Hishamuddin berkata, difahamkan ibu dan nenek mangsa meminta bantuan jiran bagi mencari anak serta cucunya yang sebelum itu ke kandang kira-kira jam 5 petang.


Katanya, jiran yang ke lokasi kejadian pada mulanya mendengar tangisan kanak-kanak yang cedera sebelum menemui tiga mangsa lain.


“Ketika kejadian, cuaca di percayai hujan lebat dan petir sepanjang masa,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan di kandang itu mendapati tujuh ekor kambing dan dua ekor anjing turut mati dengan kesan terbakar pada bulu haiwan itu.


Katanya, hasil bedah siasat terhadap mangsa jam 9 pagi tadi mendapati mangsa mengalami kejutan elektrik akibat petir dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.


The post Tiga beranak terbunuh dipanah petir, seorang lagi cedera appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop