Expired : 18.06.18

Tiga mesin ATM bank diletupkan, tompokan darah perompak ditemui

SEKUMPULAN perompak dipercayai meletupkan tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan wang tunai RM300,000 dari sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Mualim, awal pagi ini.


Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, ketiga-tiga mesin itu dipercayai diletupkan menggunakan bahan letupan.


Pintu kaca hadapan bank berkenaan turut didapati pecah dan terdapat kesan tompokan darah dipercayai darah perompak akibat terkena kaca cermin terbabit.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof bersama anggota polis dan forensik ketika ini berada di lokasi kejadian.


[Berita lanjut menyusul]


The post Tiga mesin ATM bank diletupkan, tompokan darah perompak ditemui appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop