Expired : 18.06.18

Tiga penyelam terbunuh di Semporna, punca dikaitkan dengan bom ikan

PENGUNJUNG Pulau Kulapuan, Semporna dikejutkan dengan kematian tiga penyelam termasuk dua pelacong asing di pusat peranginan terkenal itu petang tadi.


Antara yang terbunuh ialah penyelam bertauliah dikenali sebagai Zainal Abdun, 31, manakala identiti dua lagi pelancong masih belum dapat dikenal pasti.


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul tiga petang dengan timbul spekulasi kematian ketiga-tiga mangsa berpunca akibat penggunaan bom ikan di kawasan berkenaan.


Laporan Harian Metro memetik hhli keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ray sebagai berkata, dia mengetahui insiden malang itu selepas dihubungi rakan penyelam.



Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan mangsa yang juga anak saudaranya pada jam 2.15 petang apabila menghubunginya untuk bertanya mengenai kunci kereta.


“Saya sangat terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian ini. Saya tahu sebelum ini dia sedang membawa dua penyelam warga China.


“Saya tidak tahu punya insiden ini tetapi ada rakan mendakwa mereka terkena bom ikan,” katanya.


Ray berkata, rakan mangsa terpaksa mencari mereka lebih sejam sebelum menemui ketiga-tiga mangsa kira-kira lima meter di dasar laut.


“Saya sempat melihat badan mereka. Tiada kecederaan serius cuma terdapat darah keluar daripada telinga dan mulut,” katanya.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian maut membabitkan dua pelancong China dan seorang penyelam yang dipercayai pemegang kad IMM13.


Katanya, pengendali bot yang membawa mangsa sudah membuat laporan polis dan kita sedang mengambil keterangannya.


“Setakat ini, kita masih belum dapat mengesahkan kejadian sebenar dan punca kematian mangsa.


“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya.


The post Tiga penyelam terbunuh di Semporna, punca dikaitkan dengan bom ikan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop