Expired : 18.06.18

Tiga peringkat agihan dana tabung usahawan NS

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) akan diagihkan dalam tiga peringkat kepada usahawan yang layak selepas tarikh tutup permohonan pada 31 Ogos ini.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata permohonan yang sama dibuka pada setiap tahun kepada mereka yang berminat.


“Tahun depan kita akan buka semula (permohonan TUNS). Jadi yang belum hantar (permohonan), bersedia untuk awal tahun depan.


“Kita akan buka seawal mungkin dan untuk tahun ini, kita tutup. (Tujuannya) untuk kita buat penilaian terhadap permohonan-permohonan tersebut,” katanya.


Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan mengumumkan bilangan penerima dana itu selepas 31 Ogos.


“Kita terima sehingga 31 Ogos ini, baru tahu berapa jumlahnya. Sebab kita sasarkan lebih kurang 1,000 penerima awal,” katanya memetik NS Daily.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di Wisma Negeri, di Seremban, semalam.


Turut hadir adalah exco Negeri Sembilan iaitu Teo Kok Seong; J Arul Kumar; Bakri Sawir dan Nicole Tan Lee Koon.


Setakat 3 Ogos lalu, Negeri Sembilan menerima 900 permohonan TUNS dan meluluskan 211 daripadanya melibatkan peruntukan sebanyak RM623,150.52.


 


Norlida Ishak Shop