Expired : 18.06.18

Tips Simpan Pisang Supaya Tak Terlebih Masak & Lembik, Tahan Lama!




Pisang adalah salah satu buah yang banyak khasiatnya dan mudah didapatkan. Tapi, pisang akan jadi terlalu masak jika disimpan untuk beberapa hari. Oleh itu, ini petua yang dikongsi oleh wanita ini untuk elak pisang masak dengan terlalu cepat.


 Tips Menyimpan Pisang.







Ada ke peminat pisang kat sini? Saya ni suka beli pisang, tapi sebabkan saya sorang je yang makan, pisang selalu lambat nak habis. Kesudahannya pisang dah terlebih masak & lembik. Bosan juga asyik² nak buat jemput²/pankek/kek pisang/lepat bagai.


Hari ni saya nak share info & tip tentang pisang sikit..










Pisang ni antara buah yang banyak hasilkan gas etilen (salah satu hormon yang diperlukan oleh tumbuhan untuk percambahan & jugak untuk buah masak ranum). Sebab tu pisang ni cepat masak.. Untuk elakkan pisang masak terlalu cepat/terlebih masak/benyek/male, boleh buat tip ni..






Gunakan larutan cuka.



Untuk elakkan pisang jadi hitam/lebam bila masak ranum, basuh/siramkan/jirus dengan air yang dicampurkan cuka makan. Biasanya saya buat 1 sudu makan cuka untuk 1L-1.5L air. Larutan cuka ni boleh hapuskan serangga² kecil/perosak gak (salah satu penyebab pisang cepat rosak). Langkah ni optional jer. Taknak buat pun takpe..


Sapukan garam.



Sapukan sedikit garam pada tangkai pisang. Garam bukan je lambatkan proses pisang masak, tapi dalam masa yang sama, elakkan pisang jadi lembik/benyek/mushy akibat kandungan air yang tinggi dalam pisang. Ratakan garam pada pangkalnya. Basahkan dengan air sikit supaya garam sekata. Tapi jangan letak banyak sangat lak garam tu.. Kalau tak, hujung buah pisang tu nanti rasa masin. Ekeke.. Saya guna ½ sudu kecil (guna sudu kfc) garam je.


Balut tangkai.



Satu lagi cara tak nak pisang masak terlalu cepat dengan cara balut tangkainya untuk elak kena udara yang akan mana akan hasilkan lebih banyak gas etilen. Kalau korang skip garam tadi, kena bungkus ketat sikit (samada guna plastic wrap/aluminium foil). Memandangkan saya dah guna garam, saya bungkus tangkainya dengan plastik dari kedai tu jer haa..


Gantung pisang & simpanlah tempat yang tak terlalu panas.



Elakkan kena cahaya matahari/lampu direct ye.


Saya suka beli pisang yang masih kehijauan. Bila letak garam & bungkus tangkai ni, pisang memang akan lambat sikit masak. So, selalunya saya akan potong sesiap beberapa biji pisang (untuk dimakan dalam sehari-2) & peram dalam surat khabar macam mak² kita buat dulu.. Hehee. Bila dah habis pisang yang dah dipotong, yang gantung tu pun mula masak. Takdelah semua sekali masak ranum serentak & jadik benyek/terlebih masak.


Eh, pisang tak masak?



Selain masalah pisang masak cepat sangat, kalau nasib tak baik, korang terbeli pisang yang tak masak² lak walaupun kulitnya dah hitam/lebam.


Zaman belajar dulu, masa belajar bab hormon bagai.. lecturer pernah bagitau pisang ni kalau awal sangat dipetik (sebelum tempoh matangnya boleh sebabkan hormon percambahannya sikit sangat & tak cukup untuk pisang tu masak. selalunya pisang kat bahagian bawah sekali dalam 1 tandan tu). Iyelah mane tau kot² pokok tumpang sebab ribut ke kan..


Saya dah 2 kali terkena sendiri.. Beli pisang yang dah kuning tapi tak masak² (yang ni saya tak buat cara kat atas pun). Walaupun biarkan beberapa hari, kulit dah hitam tapi rasa tetap kelat & tawar. Kalau korang terkena macam ni, jangan dibuang pulak.. Boleh je lagi buat pisang goreng.. makan dengan sambal kicap pun sodap.. Ekeke..


Mudah kan? Lepas ni bolehlah amalkan tips ni.


Sumber: Yatie Eimra










Recommended for you






Norlida Ishak Shop