Expired : 18.06.18

TM Mengatakan Berjaya Memperlihatkan Keupayaan Untuk Mencapai Kelajuan Sehingga 5Gbps Melalui Rangkaian 5G

Di Putrajaya, pelbagai syarikat telekomunikasi dalam persiapan untuk mempertontonkan penawaran dan kebolehan masing-masing dalam arena rangkaian 5G. Telekom Malaysia turut tidak ketinggalan, dan kini mereka berkongsi yang mana hari ini mereka telah mempertontonkan keupayaan untuk mencapai kelajuan sehingga 5Gbps melalui teknologi rangkaian 5G yang dibangunkan TM.


Seperti ramai sedia maklum, rangkaian 5G akan menawarkan kelajuan berkali ganda berbanding dengan 4G pada masa kini, selain kadar lengah masa yang sangat rendah. Ini sekaligus membolehkan rangkaian berkenaan digunakan untuk pelbagai tujuan – termasuk untuk peranti berhubung, kesihatan, pendidikan, kenderaan dan sebagainya.


Daripada apa yang dipertontonkan hari ini oleh TM, rangkaian berkenaan berupaya mencapai kelajuan sehingga 5Gbps – dan mungkin apabila ia tersedia dalam setahun dua lagi untuk pengguna umum, rangkaian ini akan mampu menawarkan kelajuan lebih tinggi lagi.


TM dijangka berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran mereka ini dalam sehari dua ini.



Honoured to have YBM @GobindSinghDeo and @SKMM_MCMC Chairman Al-Ishsal Ishak pay an impromptu visit to our 5G convergence showcase booth during our setup today. We took the opportunity to demonstrate what TM's 5G technology is capable of clocking speeds of 5Gbps. pic.twitter.com/5GP7vLmFDc


— TM Group (@myTMgroup) April 16, 2019



Norlida Ishak Shop