Expired : 18.06.18

TMJ cadang bina rumah perlindungan gelandangan


JOHOR BAHRU, 29 Safar 1440H, Rabu – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan sementara untuk gelandangan.


Dalam satu catatan yang dimuat naik di laman Facebook baginda, HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah, cadangan itu dikemukakan selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


“Dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ada memberi cadangan kepada kerajaan negeri Johor supaya membina rumah perlindungan sementara (shelter) untuk para gelandangan. Ia perlu disediakan dengan bersistem dan mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi,” titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan hari ini.


Titahnya lagi, cadangan mewujudkan rumah perlindungan itu perlu disediakan di setiap daerah.


“Saya percaya dengan kajian yang lengkap, kerajaan negeri dapat merealisasikan projek ini. Bukan sahaja ‘shelter’ tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka,” titah baginda.


Terdahulu, Tunku Ismail berkenan berangkat menyertai Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk memberikan sumbangan bantuan kepada gelandangan di sekitar Johor Bahru. Antara sumbangan yang diberi termasuk kelengkapan mandian, kelengkapan sanitari dan makanan.



The post TMJ cadang bina rumah perlindungan gelandangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop