Expired : 18.06.18

“TMJ Tak Perlu Tunjuk Hero”. Isu Statut Rom Makin Hangat Apabila Khairuddin Pula Muat Naik Status Ini

Selepas pertikaian antara TMJ dan Tun Mahathir berkenaan Statut Rom, isu tersebut menjadi lebih hangat apabila Datuk Seri Khairuddin pula memuat naik status di FB beliau menyokong Tun M.


Artikel ini tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya tujuan untuk berkongsi kata-kata yang dimuat naik oleh Datuk Seri Khairuddin.


Berikut status penuh yang dimuat naik beliau:


” TMJ TAK PERLU TUNJUK HERO!! KAMI YANG BERMATIAN MEMPERTAHANKAN INSTITUSI RAJA-RAJA, MELAYU DAN ISLAM DI NEGARA INI!!


” Saya amat curiga dengan tuduhan Tengku Mahkota Johor (TMJ) bahawa kerajaan tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu buat keputusan menyertai ‘Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).’


” Sesungguhnya, kerajaan tidak pernah melemahkan Majlis Raja-Raja Melayu!!


” Sewaktu negara menghadapi pelbagai polemik serta krisis kezaliman kerajaan kleptokrasi yang diterajui oleh umno pada suatu masa dahulu kita telah menyembahmaklum pada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai lambang kebergantungan rakyat jelata pada institusi Raja-Raja Melayu!!


” Bukankah tindakan itu menunjukkan patik-patik sekalian mempunyai keyakinan serta mempertahankan institusi Di Raja di negara kita?!”


” Patik juga ingin tanya TMJ di mana TMJ berada pada waktu tersebut di saat rakyat dihimpit dengan pelbagai unsur kezaliman kerajaan kleptokrasi?!


” Malahan, kesannya terpalit hingga ke hari ini!! Rakyat jelata masih merasai keperitan salahguna kuasa kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh najib tun razak sehingga hari ini!!


” Seperti yang dilaporkan; keputusan jemaah menteri untuk menyertai statut itu telah disembahmaklum kepada Yang DiPertuan Agong pada 15 januari 2019.


” Apa maksud TMJ mendakwa langkah kerajaan untuk menyertainya akan menjadikan Raja-Raja Melayu tidak relevan dan memberi kesan pada kedudukan melayu serta islam di malaysia?!


” Ini satu andaian yang tidak berasas sama sekali!!


” Hakikatnya, pemimpin-pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan yang mempertahankan institusi Raja-Raja, melayu dan islam secara habis-habisan!!


” TMJ tidak harus mempersoalkan lagi pendirian kami yang selaras dengan perlembagaan negara!! Tolong jangan gusar tentang perkara ini!!


” Setiap manusia di muka alam ini tidak perlu gusar serta risau sekiranya mereka baik dan bersih!! Secara umumnya, orang yang bersih tidak akan terasa terancam sama sekali!!


” Negara dan dunia ini ada undang-undang!! Kita bukan hidup di ‘zaman batu’ atau ‘zaman koboi!!’


” Semua individu tertakluk pada undang-undang!! Di negara kita pun mempunyai mahkamah khas untuk bicarakan salahlaku mana-mana kerabat DiRaja secara seadil-adilnya!!


” Bukan sekarang baru ada undang-undang ini tetapi di zaman kerajaan kleptokrasi memerintah negara dulu pun sistem perundangan ini sudah ujud!!


” Statut Rome ini apa yang tak bagus kepada Raja-Raja, melayu dan islam?! Mana-mana proses undang-undang samada di negara kita atau di luar negara amat adil kepada semua pihak!!


” Bagi saya TMJ tak perlu cakap pasal perjuangan membela rakyat Palestine!!


” Tun dr mahathir mohamad dari dulu, kini dan selamanya secara konsisten membela perjuangan rakyat Palestine!!


” Perdana menteri sanggup hilang hak untuk menganjurkan majlis sukan renang paralimpik dunia yang sepautnya dianjurkan oleh Malaysia semata-mata mempertahankan prinsip bela rakyat Palestine!!


” Kalau TMJ ingat sejarah; tun dr mahathir mohamad lah yang menganjurkan sebuah tribunal untuk mendakwa bekas presiden Bush dan bekas perdana menteri United Kingdom Tony Blair yang telah melakukan kezaliman jenayah perang pada suatu masa dahulu!!


” Saya juga amat teruja untuk duduk semeja dengan TMJ seterusnya menjemput TMJ untuk main peranan secara proaktif membela rakyat Palestine selepas ini!!


” Jangan hanya bersikap retorikal!!


” Dalam dunia ini, sesiapa saja yang melakukan kezaliman dan jenayah melampau harus dihukum mengikut asas perlembagaan!!


” Untuk pengetahuan TMJ tidak ada sesiapapun yang boleh terlepas dari kezaliman atau jenayah melampau di dunia ini!!


” Hanya cara dan kaedah perbicaraan saja yang bakal menentukan kesalahan seseorang itu mengikut asas perlembagaan negara mahupun undang-undang antarabangsa!!


” Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
11 mac 2019..”


Diharapkan netizen membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menulis sebarang komen. Elakkan komen berunsur perkauman dan menghina institusi Diraja.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose


Sumber : FB Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan



Norlida Ishak Shop