Expired : 18.06.18

Tok Mat dijangka ungguli PRK DUN Rantau: Ilham Centre


BANGI, 5 Syaaban 1440H, Khamis – Badan penyelidik, Ilham Centre menjangkakan pengundi akan memilih Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada Sabtu ini.


Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada 6 hingga 10 April lalu terhadap 396 responden yang juga pengundi DUN Rantau, Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi itu dengan peralihan undi daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) sebanyak 24.5 peratus.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat ternyata unggul dan diterima oleh semua segmen pengundi, termasuk pengundi India dan Cina.


“Trek rekod beliau sebagai Menteri Besar dan Adun Rantau selama tiga penggal serta anak jati Rantau memberi kelebihan besar dalam kempen pilihan raya kecil ini. Dapatan menunjukkan 87.4 peratus responden bersetuju dengan faktor ini.


“Pendekatan beliau yang mudah mesra, kerap turun padang bertemu rakyat, merendah diri dan prihatin dengan kebajikan rakyat menambat hati pengundi di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Responden juga, katanya, bersetuju bahawa Tok Mat mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi sebanyak 81.6 peratus berbanding calon PH, Dr S Streram 17.7 peratus dan lain-lain calon.


Pada masa sama, beliau berkata, PH sukar untuk mendapatkan undi Melayu dan bergelut mempertahankan sokongan bukan Melayu terutamanya pengundi India.


“Dr S Streram ditanggapi oleh responden sebagai bukan anak tempatan dan tidak dikenali oleh penduduk di sini. Bahkan Ketua Cabang PKR Rembau, R Tanggam lebih popular dan dikenali oleh pengundi,” katanya.


Di samping itu, jentera PH juga gagal menerobos undi Melayu dan tidak dikoordinasi sebagai sebuah pakatan antara PKR, Bersatu, PAN dan DAP.


“Mereka bergerak mengikut jentera parti masing-masing dan tiada penyelarasan yang tersusun. Jentera PKR lebih dominan dan penglibatan jentera parti lain dilihat sangat minima.


“Ini ditambah pula jentera PH banyak digerakkan oleh jentera luar berbanding jentera BN yang lebih banyak digerakkan oleh orang tempatan yang diketuai oleh Tok Mat sendiri.


“Jentera BN dilihat lebih fokus dan sistematik kepada kumpulan sasaran sepanjang kempen berjalan,” katanya.


The post Tok Mat dijangka ungguli PRK DUN Rantau: Ilham Centre appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop