v “Tolak Pelawaan Berjumpa Dengan Pencetus Ummah (PU) Bukan Bermakna Tolak Ajaran Islam!” – Safiey Illias
Expired : 18.06.18

“Tolak Pelawaan Berjumpa Dengan Pencetus Ummah (PU) Bukan Bermakna Tolak Ajaran Islam!” – Safiey Illias

Pengusaha kosmetik terkenal, Safiey Illias baru ini telah dijemput untuk diceramah dan diberi nasihat secara bersemuka oleh seorang daripada ahli Pencetus Ummah (PU).

Namun, Safiey dikatakan telah menolak ajakan PU terbabit. Menurutnya, PU terbabit tiada hak untuk memaksa dirinya menghadiri perjumpaan tersebut.

Jutawan kosmetik itu turut menambah bahawa tiada siapa boleh memaksa kerana dia berhak untuk memilih dengan siapa yang dia lebih selesa.

“PU tak boleh paksa saya untuk selesa dengan dia. Kalau dia jemput saya untuk diberikan nasihat tapi saya tak nak, jangan la terasa hati. Macam dikata seolah-olah saya menolak ajakan dia, saya seperti menolak Islam. Tidak! Saya hanya menolak pelawaan itu kerana saya tidak selesa. Awak tak boleh paksa orang untuk suka awak. Saya ada hak untuk memilih,”

Mengakui dirinya seorang yang sangat terbuka, penyanyi lagu Syinta Gila ini berharap masyarakat di luar sana memberikan nasihat kepada golongan seperti mereka melalui saluran yang betul.

View this post on Instagram

Hujung2…. . . #Sofeaestetik #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna #hujunghujungsis

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

 Menurutnya, ada di antara penceramah dan ustaz yang telah datang ke rumahnya tanpa ada sebarang pendedahan di media sosial untuk diwar-warkan kedatangan mereka. Baginya, itu adalah sesuatu yang lebih ikhlas untuk dilakukan dan menganggap segala teguran itu sebagai tanda sayang mereka terhadap dirinya.

“Sekurang-kurangnya orang tegur kerana orang sayang. Cuma cara nak tegur biarlah betul. Bukan kau tegur, hujung-hujung kau jual buku. Itu namanya kau yang kena tegur,”

Mengimbas kembali, Safiey ada meluahkan kesediaan untuk menerima kunjungan daripada mana-mana pendakwah yang berniat ikhlas untuk menasihati dan membimbing dirinya.

Sumber: Astro Gempak