Expired : 18.06.18

Tolong Berhenti Menipu – Da’i Wan ‘Sound’ Aliff Syukri Jual Topeng Muka Bocor

Baru-baru ini, viral video Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan demonstrasi topeng muka miliknya yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping. Malangnya, demonstrasi itu gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa “kalis air”. Jelas kelihatan ia sememangnya bocor.


da'i wan sound aliff syukri topeng muka


Insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada usahawan itu kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.


Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.














View this post on Instagram




















Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga. Perbuatan Dato Aliff Syukri jelas haram, & jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa. Jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari dosa besar, dan dia perlu bertaubat pada Allah swt & meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing penipuan dalam penjualan produk Face Mask yang sangat 'Defective' & mungkin akan mengancam nyawa buat siapa yang telah membelinya. Jelas, air menitis dengan laju (Bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat2 disorokkan ketepi bila tampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective , kemudian menipu dalam penghebahan penjualan pula. Sesungguhnya Dato' Aliff telah mencipta rantaian dosa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini. Face mask adalah sangat penting, untuk membasmi kuman / virus dari orang yang memakainya. Mana mungkin Face Mask yg dijual oleh Dato' Aliff tersebut dapat menjalankan peranan utk melindungi orang lain dari si pemakainya & ini merbahaya, bahkan mungkin akan terus memberi ancaman penyakit pada yang lain. Saya dibenarkan tegur terbuka dlm kes seperti ini kerana ia satu hal yg membawa keburukan pada semua. Dato' Aliff, sila hentikan penjualan produk Face Mask ini! Bertaubatlah kepada Allah swt, takutlah pada azab org2 yg menipu dalam perniagaan. Hari ini Allah swt mungkin memberi kamu nikmat, tapi ingat, tidak semua nikmat itu baik utk kamu di hari akhirat, terkadang ia rupanya bagian dari 'Istidraj'. Hati2lah Dato', ramai org yg berniaga tergelincir jatuh masuk ke dalam neraka & menerima azab yang perit dari Allah swt. Kepada seluruh rakyat Malaysia, umumnya saya boleh mengarahkan kini, untuk berhentilah dari membeli produk dia ini & belilah Face Mask yg mematuhi piawaian shj. Sesungguhnya dia telah menipu ketika berniaga, & orang2 seperti ini tidak layak lagi dihormati dalam perniagaannya. Kita dibenarkan utk bersangka buruk kepada peniaga yg jelas & terang-terangan menipu dalam perniagaan utk lebih 'Ihtiyat' (Berhati-hati dengannya). Semoga Allah jaga kita semua dari tipu daya seperti ini.


A post shared by Mr. WD (Official) (@wandazrin) on




Aliff dinasihatkan untuk segera bertaubat dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah menonton dan mendengar ‘marketing’ itu. Salah kerana wujudnya penipuan ketika mengiklankan produknya.


Terdahulu, Tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan eksperiman yang sama ke atas topeng muka “standard’ yang selalu digunakan tetapi akhirnya dia terdiam apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.


da'i wan sound aliff syukri topeng muka


Mungkin malu dengan kenyataannya yang ‘overclaim’ produk, Aliff bertindak dengan cepat menutup kesalahannya dengan memotong buah mangga.