Expired : 18.06.18

“Tolong jangan kaitkan agama dan bangsa” -Santesh tampil dedah apa yang berlaku kepadanya selepas itu

Penyanyi lagu Amalina, Santesh mengakui tidak menjangkakan single berbahasa Melayu pertamanya mendapat sambutan yang sangat positif.


Mula menjejakkan diri dalam dunia hiburan India tempatan semenjak tahun 2011, jejaka berusia 29 tahun ini sememangnya menanam impian untuk memasuki pasaran Melayu.


Lepas lagu ” AYAH IBU ” mizan dah bersedia dgn lagu terbarunya hasil ciptaan ” HARRY KHALIFAH @ APAK “.., lirik yg di tulis oleh mizan sendiri dan di bantu oleh ibunya ” MAMI MALA ” akan di keluarkan dalam masa terdekat



“Saya mula menghasilkan single Tamil pada tahun 2011. Semenjak itu, saya memang aktif menyanyi. Dalam hati kecil saya menyimpan hasrat untuk memasuki pasaran Melayu.


“Baru-baru ini, saya melihat ‘posting’ komposer lagu Amalina, Harry Khalifah di laman sosial. Dia sudah menyiapkan single tersebut dan sedang mencari penyanyi untuk mendendangkannya.


“Saya tak sangka percubaan saya menyanyikan lagu Amalina dalam cara tersendiri iaitu menukarkan liriknya dalam Bahasa Tamil mendapat perhatian.


“Harry menghubungi saya dan mahu saya merakamkan lagu tersebut. Apa yang membuatkan saya terkejut, lagu ini mendapat respon yang sangat positif. Ramai yang sukakan lagu Amalina,” kata Santesh.


Mula dimuat naik di laman YouTube pada 27 Ogos lalu, lagu ini telah meraih hampir 2.3 juta tontonan serta menduduki tangga pertama carta trending YouTube ketika artikel ini ditulis.


Dalam pada itu, penangan lagu Amalina juga membuatkan Santesh mula mengumpul peminat dari kalangan orang Melayu.


“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada lagu Amalina. Apabila lagu ini meledak, saya sangat bersyukur.


“Saya mula ditegur peminat berbangsa Melayu dan mereka mahu bergambar dengan saya. Saya merasakan ini satu permulaan yang baik untuk saya mengembangkan lagi kerjaya dalam bidang hiburan,” katanya lagi.


Selepas kejayaan lagu Amalina, Santesh bakal mengeluarkan lagu Amalina dalam versi bahasa Tamil.


Selain itu, Santesh yang bernaung dibawah Padu Records dan MVM Music sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan single berbahasa Melayu seterusnya.


Trending No 1 Di YouTube, Kenali Santesh – Penyanyi Lagu Viral Amalina



Amalina… Amalina… Aku suka kamu kerna kau manja, aku suka kamu kerna kau mulia…” begitulah bait-bait lirik lagu Amalina yang sedang tular di laman sosial.


Menampilkan kelainan tersendiri, lagu ini disampaikan oleh seorang penyanyi berbangsa India, Santesh dan mendapat respon positif pendengar.


Lagu Amalina mengisahkan mengenai cinta antara dua individu yang berbeza bangsa dan agama.


Mula dimuat naik di laman YouTube pada 27 Ogos lalu, lagu ini telah meraih 1.7 juta tontonan serta menduduki tangga pertama carta trending YouTube.


Namun begitu, siapakah gerangan individu disebalik nama Santesh? Gempak sempat menemubual Santesh dan penyanyi itu berkongsi lima perkara menarik mengenai dirinya.


1. Santesh berasal dari Klang, Selangor dan berusia 29 tahun.


2. Mula menyertai persembahan pentas seawal usia 7 tahun, jejaka ini sudah lama melibatkan diri dalam bidang seni.


3. Santesh serius dalam bidang muzik semenjak tahun 2011 dan mula merakamkan lagu pada tahun tersebut. Santesh mempunyai 5 album Tamil.


4. Sudah tiga tahun berkahwin, Santesh belum mempunyai cahaya mata dan merancang untuk mendapatkan anak pada tahun hadapan.


5. Santesh memang menyimpan impian untuk menembusi pasaran lagu berbahasa Melayu dan dia tidak sangka percubaan sulungnya menerusi lagu Amalina membuahkan hasil.


Jom kita layan lagu Amalina terbitan Padu Records dan MVM Production yang sedang hangat bak goreng pisang panas ini!


“Tolong jangan kaitkan agama dan bangsa” – Santesh tiada niat hina negara


PENYANYI Santesh berkata dia tidak berniat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia apabila mengenakan kemeja-t yang dikatakan menghina Jalur Gemilang.


Akui Santesh atau nama sebenarnya Shanthesh Kumar, dia terlepas pandang mengenai isu itu namun menegaskan ia tidak disengajakan.



Baju yang Santesh kenakan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak


“Sikit pun saya tiada niat untuk mempermainkan bendera Malaysia dengan mengenakan baju yang mempunyai corak seakan Jalur Gemilang.


“Baju itu adalah hadiah seseorang. Melihat kepada rekaan yang unik, saya mengambil keputusan untuk memakainya ketika menghadiri persembahan.


“Tak sangka pula apabila program itu disiarkan ia menerima maklum balas negatif,” katanya kepada mStar Online.


Isu ini timbul selepas Santesh tampil pada program hiburan yang disiarkan pada Ahad lalu dengan memakai baju yang memaparkan lukisan seperti bendera Malaysia.


Bagaimanapun kotak yang sepatutnya diletakkan bulan dan bintang telah digantikan dengan tanda pagar (#).



Santesh mohon maaf


Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati peminat.


Dalam pada itu penyanyi yang tular dengan lagu Amalina ini juga meluahkan rasa bingung kerana isu tersebut turut disensasikan hingga membabitkan agama dan bangsanya.


“Saya down, dua atau tiga hari ini aura negatif seakan mendekati saya.


“Sedih sangat apabila isu baju bertukar kepada masalah agama dan bangsa.


“Saya hormat negara ini, percayalah saya seorang individu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi,” tambah Santesh.


“komen Paling Negatif”


Yang paling saya sedih, ia turn kepada agama problem


VIDEO:



Norlida Ishak Shop