Expired : 18.06.18

Toto berdarah di bilik Aleya

POLIS merampas toto yang mempunyai beberapa titisan darah di rumah suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, toto itu dirampas Unit Forensik pada 3.30 petang hari ini di bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah.


Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan ada unsur penderaan terhadap mangsa atau di rumah berkenaan.


“Toto itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.


“Selain itu, kami akan meneruskan temubual dan soal siasat terhadap pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.


“Kami akan turut merakam percakapan semua anak pasangan terbabit bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, malam ini.


Mohd Iqbal berkata, pihaknya sudah menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, pagi hari ini dan dia kelihatan sedih dengan kejadian itu.


Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa sanggup memberi kerjasama termasuk mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi esok.


“Kami akan mengambil sampel darah pasangan suspek itu untuk membantu siasatan susulan penemuan titisan darah pada toto memandangkan suspek wanita mengatakan suaminya pernah memukul.


“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan ke lokasi penemuan tengkorak itu semula untuk mencari anggota badan lain.


“Kami bimbang anggota badan sudah dimakan binatang buas dalam hutan berkenaan dan kami akan meluaskan kawasan pencarian yang agak mencabar kerana hutan tebal,” katanya.


Mohd Iqbal berkata, pencarian pada hari ini terpaksa dihentikan memandangkan kawasan itu merbahaya kerana gaung dalam sehingga menyukarkan pihaknya mencari anggota badan mangsa lain.


Berita berkaitan


[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini


'Achik, Aleya dah mati...'


Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah


[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah


Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian


[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak


[UPDATE] Panik punca buang mayat


[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah


[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui


Dari Langkawi lari ke Ampang...


'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'


Norlida Ishak Shop