Expired : 18.06.18

TPM, Anwar terima kunjungan Prabowo

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto semalam.


Menurut Dr Wan Azizah, kunjungan tersebut dimanfaatkan dengan berbincang tentang hal ehwal serantau melibatkan Malaysia dan Indonesia.


“Fokus perbincangan terhadap isu-isu kepentingan serantau termasuk Laut China Selatan serta bidang-bidang kerjasama seperti perdagangan yang boleh dipertingkatkan lagi di antara kerajaan Pakatan Harapan dengan Republik Indonesia,” katanya menerusi Facebook.


Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson optimis lawatan Prabowo itu akan menyumbang kepada aspek pertahanan Malaysia dan Indonesia.


“Semoga kerjasama pertahanan sedia ada antara kedua-dua negara terus dipertingkat,” kata Anwar menerusi Twitter.


Norlida Ishak Shop