Expired : 18.06.18

TPM gembira Mat Redho harumkan nama negara

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gembira dengan atlit Mohd Redha Rozlan yang menjdi juara pertandingan ala American Ninja Warrior di Australia.


Berita kemenangan Redha yang lebih dikenali sebagai Mat Redho itu berlegar di kalngan pengguna media sosial hari ini.


“Sekalung tahniah kepada Mat Redho yang berjaya menggondol kejuaraan Ninja Challenge League 2018 yang berlangsung di Perth, Australia.


“Kejayaan Mat Redho a.k.a Redha Razlan membanggakan keseluruhan rakyat Malaysia.


“Alhamdulillah Jalur Gemilang berkibaran di arena antarabangsa,”katanya di Facebook.


Mohd Redha Rozlan mengharumkan nama Malaysia di bumi Australia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain, semalam.


Beliau mengungguli pentas peringkat akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).


Beliau juga satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah ‘Last Man Standing’.


Norlida Ishak Shop