Expired : 18.06.18

TPM gesa penerima BSH manfaatkan lensa katarak percuma

Rakyat Malaysia dalam kumpulan B40, boleh mendapatkan lensa untuk pembedahan katarak secara percuma dengan kos pembedahan hanya RM103, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Pesakit yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula akan dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran untuk pembedahan katarak.


Menurut Dr Wan Azizah, kemudahan itu disalurkan menerusi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2019 untuk Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa B40).


“Sebanyak hampir RM29 bilion telah diperuntukkan untuk rakyat Malaysia dalam Belanjawan 2019, iaitu peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding tahun 2018 untuk perkhidmatan kesihatan,” katanya ketika berucap dalam Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pagi tadi.


Dr. Wan Azizah menambah, bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas, secara automatiknya layak menyertai PeKa B40.


Menurut data Tinjauan Mata Kebangsaan ke-2 2014, seramai 413,000 penduduk Malaysia berusia 50 tahun ke atas menghadapi masalah penglihatan.


Daripada jumlah tersebut, seramai 113,000 orang mengalami kebutaan di mana 43,000 orang darinya dikenal pasti berpunca daripada katarak pada tahap 58 peratus, retinopatik diabetek pada 10 peratus dan glaukoma, tujuh peratus.


Norlida Ishak Shop