Expired : 18.06.18

TPM jumpa keluarga Nora Anne hari ini

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertemu keluarga Nora Anne Quoirin, pada 10.30 pagi ini.


Pertemuan itu dirancang diadakan di resort The Dusun, Pantai, resort sama yang menjadi pilihan keluarga itu untuk percutian selama dua minggu.


Sebelum itu, Dr Wan Azizah dijadual mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop di Balai Polis Pantai berhubung tragedi yang menimpa remaja dengan masalah pembelajaran itu.


Semalam, Mohamad dalam sidang media mengesahkan Nora Anne meninggal dunia akibat kelaparan dan stres berpanjangan.


Mohamad berkata, hasil bedah siasat mendapati remaja malang itu mungkin meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai pada 13 Ogos selepas dikesan hilang pada 4 Ogos.


Norlida Ishak Shop