Expired : 18.06.18

TPM ke Jakarta hadiri pengebumian BJ Habibie

 


Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Jakarta pagi tadi bagi menzahirkan penghormatan Malaysia atas pemergian presiden ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.


Dr Wan Azizah tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta kira-kira jam 11.45 pagi waktu Indonesia Barat.


BJ Habibie meninggal dunia jam 6.05 petang semalam di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.


Wan Azizah akan menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman Allahyarham di Patra Kuningan, sebelum dijadual menghadiri majlis pengebumian di Taman Makam Pahlawan (MPM), Kalibata, Jakarta.


BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.


Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan “asphyxia”.


Jenazah Allahyarham BJ Habibie dimakamkan di TPM, Kalibata, Jakarta Selatan pada jam 1 tengahari selepas solat Zuhur.


Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara isterinya, Hasri Ainun Besari atau Ainun Habibie, yang meninggal dunia pada 22 Mei 2010, lapor Bernama.


Norlida Ishak Shop