Expired : 18.06.18

TPM ucap tahniah pada kadet West Point

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Abdul Halim Abdul Rahim yang menjadi ketua kompeni kadet di akademi tentera terkemuka Amerika Syarikat, West Point.


“Tahniah Abdul Halim cipta sejarah rakyat Malaysia pertama sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point.


“Anak muda yang hebat,” tulis Dr Wan Azizah di Twitter.


Abdul Halim, 23, merupakan seorang daripada 15 kadet tentera darat antarabangsa yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat pada 2015.


Beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di akademi tentera berkenaan.


Beliau juga rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang.


Norlida Ishak Shop