Expired : 18.06.18

Trafik lancar di beberapa lebuh raya pagi ini


KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar setakat 10 pagi tadi.


Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.


“Bagaimanapun, terdapat kemalangan membabitkan kereta di km 81 arah Utara dari Gurun ke Pendang, Kedah menyebabkan trafik bergerak perlahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama


The post Trafik lancar di beberapa lebuh raya pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop