Expired : 18.06.18

‘Trick’ Nampak Tinggi Macam Model Dalam Gambar Ikut Cara Influencer Thailand




“Macam mana nak nampak tinggi eh?”


Pemilihan pakaian amat penting untuk menentukan anda kelihatan tinggi atau sebaliknya. Bagi wanita yang kurang berpuas hati dengan ketinggian, boleh cuba tips influencer dari Thailand untuk tampil confident dan nampak lebih tinggi.






Pakai high waist.



Apabila memakai seluar ‘high waist’ ni, kaki akan kelihatan lebih panjang dan akan membuatkan anda nampak lebih tinggi.










Pakai skirt pendek







Mengenakan skirt pendek boleh membuatkan wanita berketinggian sederhana nampak lebih tinggi. Tapi, bagi yang berhijab, boleh skip yang ni ya!


Pakaian stripes menegak



Stripes menegak akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi. Berbeza dengan stripes mendatar, ia akan membuatkan anda nampak lebih lebar dan rendah.


Kasut tumit tinggi berwarna ‘nude’



Memakai kasut tumit tinggi akan menambahkan ketinggian anda. Tapi pemilihan warna yang tepat seperti warna ‘nude’ akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi dari biasa.


Ikat rambut



Apabila anda mengikat rambut, bahagian atas badan anda akan kelihatan lebih panjang dan secara tidak langsung anda akan kelihatan lebih tinggi.


Pakai jumpsuit



Memakai baju dan seluar yang berbeza warna akan menampakkan anda lebih rendah. Jumpsuit adalah jalan terbaik untuk membuatkan anda kelihatan lebih tinggi


Pakai maxi skirt



Maxi skirt anda disarankan untuk lebih panjang 1 hingga 2 inch dan padankan bersama kasut tumit tinggi anda. Anda akan kelihatan lebih tinggi


Baju V neck



Sama seperti pakaian stripes, baju berleher V akan memberi efek visual yang akan membantu anda nampak lebih tinggi


Pilih beg kecil



Menggalas beg yang terlalu besar untuk diri anda akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah dan kecil.


Lepas ni boleh lah cuba trik ni.


Sumber: Jane Soraya










Recommended for you






Norlida Ishak Shop