Expired : 18.06.18

Tsitsipas pulang awal

AKSI kurang memberangsangkan awal tahun Stefanos Tsitsipas berterusan apabila bintang Greece tewas kepada pemain Slovenia, Aljaz Bedene saingan pusingan kedua di Rotterdam, awal pagi ini.


Pemain nombor enam dunia, yang tersingkir pada Terbuka Australia bulan lalu kepada Milos Raonic di pusingan ketiga, tewas 7-5, 6-4 di Belanda.


Bedene mendahului lima mata di depan sebelum menguasai set penentuan dalam tambahan mata pada permainan ke 11.


Sebelum mara menerusi kemenangan pada set kedua untuk berdepan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.


rvi


“Dia kemungkinan pemain yang lebih baik dalam keseluruhan set pertama, dia melakukan pukulan servis dengan baik,” kata Bedene pemain nombor 52 dunia kepada atptour.com selepas menewaskan pilihan kedua Tsitsipas.


“Saya kekal fokus dan ia makin baik sehingga hujung perlawanan.”


Tsitsipas, yang memenangi musim penghujung ATP Final tahun lalu, kini mempunyai 3-4 rekod kekalahan pada 2020.