Expired : 18.06.18

TSMC Kini Syarikat Paling Bernilai Di Rantau Asia Dengan Modal Pasaran Setinggi $262.75 Bilion

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, ataupun lebih dikenali sebagai TSMC baru-baru ini telah dinobatkan sebagai syarikat paling bernilai di rantau Asia, dengan modal pasaran sebesar $262.75 bilion.


Modal pasaran TSMC dilaporkan meningkat selama 10 minggu berturut-turut, dan baru-baru ini telah meningkat melepasi Samsung yang mempunyai modal pasaran sebanyak $261.16 bilion. Ini satu pencapaian yang penting buat TSMC kerana kenaikan ini menandakan kali pertama bahawa nilai syarikat ini naik pada tahap yang mendadak seperti ini.


TSMC terkenal sebagai sebuah syarikat pembina cip semikonduktor yang digunakan oleh banyak syarikat-syarikat teknologi di seluruh dunia seperti AMD dan juga Qualcomm untuk cip-cip pemprosesan mereka semua.


Salah satu daripada kelebihan TSMC ialah para pelanggan mereka masih boleh meminta TSMC untuk membuat cip melalui pelbagai jenis proses, daripada 28nm hinggalah 7nm, tidak kira jika ia hanya untuk satu projek sahaja, atau untuk jangkamasa panjang.


TSMC menghasilkan teknologi proses pembinaan cip yang baru bukan dengan mencipta teknologi yang baru, tetapi dengan menambahbaikkan proses yang sedia ada. Misalnya, teknologi pembinaan cip 12nm dihasilkan berdasarkan proses pembinaan cip 16nm.


TSMC juga mempunyai sejumlah pelanggan setia yang membantu TSMC untuk meningkatkan kebolehan kilang-kilang mereka untuk menggunakan proses-proses pembinaan yang terbaru. Mereka kini sedang membina CPU-CPU AMD dan Qualcomm dengan proses 7nm, dan kini baru sahaja melengkapkan pemetaan teknologi 3nm, dan bakal hadir dengan proses 2nm menjelang 2024 kelak.


Nilai TSMC sebagai syarikat pembina semikonduktor dijangka meningkat lagi pada tahun hadapan, apabila teknologi 7nm semakin banyak digunakan untuk membina CPU untuk komputer dan peranti mudah-alih.


Norlida Ishak Shop