Expired : 18.06.18

Tuduh umat Islam serang kuil: Aktivis Isma Shah Alam buat laporan polis


Oleh Athirah Huda Zalhe


BANGI, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Shah Alam membuat laporan polis menuntut siasatan dan dakwaan dilakukan terhadap Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau kerana menuduh umat Islam terbabit menyerang Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, semalam.


Laporan itu dibuat Bendahari Isma Shah Alam, Mohd Hamdan Mohd Sharif di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, sekitar jam 6 petang semalam.


Turut hadir memberi sokongan Yang Dipertua (YDP) Isma Shah Alam, Ustaz Mohammad Rizal Sabran.


Mohd Hamdan berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan tidak bertanggungjawab V Gananatirau yang menuduh sekumpulan orang Islam terlibat menyerang kuil itu.


“Jadi, laporan polis yang dibuat terhadap beliau semalam, supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya walaupun kenyataan wakil rakyat DAP di Facebooknya itu sudah ditukar.


“Bagaimanapun, kenyataan awal beliau boleh menyebabkan ramai yang terpengaruh dan percaya dengan tuduhan jahat itu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.


Mohd Hamdan berkata, laporan itu antara lainnya turut menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam.


“Tidak cukup hanya sekadar menukar kenyataan, beliau juga perlu buat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam, dan meletakkan jawatan sebagai Exco negeri.


“Kita juga ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba menghina Islam,” katanya.


Terdahulu Ismaweb.net melaporkan Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau memuatnaik status dalam Facebooknya menuduh sekumpulan orang Islam menyerang kuil itu.


Tanpa mengemukakan bukti, Adun daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu berkata, serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini.


Ganabatirau bagaimanapun, menukar kenyataannya dengan menuduh kumpulan gangster yang berbuat demikian selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menegaskan, tiada unsur perkauman dalam kejadian rusuhan, dan hanya membabitkan perselisihan faham antara dua kumpulan saja.


Norlida Ishak Shop