Expired : 18.06.18

Tuduhan pecah amanah Exco Perak tak berasas


BANGI, 10 Zulkaedah 1440H, Sabtu – Tuduhan pecah amanah membocorkan minit mesyuarat yang dibuat ke atas ahli Exco Perak, Abdul Yunus Jamhari adalah tidak berasas.


Penyelaras Dun Batu Kurau, Muhamad Aiman Aizuddin berkata, Yunus tidak pernah melakukan perkara terkutuk sedemikian selama setahun beliau berkhidmat di Pejabat Exco Perak.


“Tuduhan sebegini kepada ahli politik dianggap sebagai tuduhan biasa tambahan pula Yunus sekarang merupakan Exco Kanan di Negeri Perak”, katanya dalam satu kenyataan.


Aiman yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia (Keadilan) berkata, beliau mahu agar Yunus terus fokus kepada kerja-kerja untuk membangunkan sektor pertanian di negeri Perak, dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Hari ini, ahli jawatankuasa cabang PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang ahli Exco kerajaan negeri telah membocorkan kertas minit mesyuarat Exco kerajaan negeri.


Yong Kean mendakwa perkara itu dilakukan bagi mendapatkan komisyen daripada dua buah syarikat pertanian.


Katanya, perkara itu berlaku selepas ahli Exco berkenaan bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah syarikat berkenaan.


The post Tuduhan pecah amanah Exco Perak tak berasas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop