Expired : 18.06.18

“Tuhanku Berikanlah Kesembuhan Karena Kau Adalah Penyembuh,” – Hidap Kanser, Selebriti & Peminat Peminat Doakan Bapa Liza Hanim

Minggu lalu, Liza Hanim ada memberikan kata semangat bersama harapan khusus buat bapanya, untuk terus melawan penyakit kanser yang dihadapi sejak sekian lama.


Kongsi penyanyi Merawat Luka ini menerusi Instagram, bapanya merupakan seorang lelaki yang paling kuat pernah dikenali.




“Ayah kena strong ye yah..Ayah fighter, the toughest man I know. Anak-anak ayah semuanya fight sekali.


“Tuhanku, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh.


“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyeksakan,” tulisnya panjang lebar.


Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat selain rakan artis turut sama mendoakan agar bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.


Malah, ada yang meminta agar penyanyi ini tabah serta usah putus berdoa dalam menghadapi ujian dariNya.


Antara rakan selebriti yang telah meninggalkan komen bersama doa pada entri berkenaan termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Azhan Rani dan ramai lagi.



Foto: Instagram Liza Hanim


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop