Expired : 18.06.18

Tular Rakaman Kononnya Pusat Tahfiz Diarahkan Tutup, Akhirnya Terbongkar Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Kerajaan negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.


Selain itu, katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.



Pengusaha pusat tahfiz guna taktik licik


“ Pengusaha pusat tahfiz amal ini menggunakan taktik licik sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu setiap kali selepas tindakan diambil pihak berkuasa.


“ Ia menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras tindakan eksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk dan menggunakan agama, jadi saya minta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.


Semalam, tular dalam aplikasi WhatsApp satu video berdurasi 3 minit 37 saat yang antara lain memaparkan tulisan ‘211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan’ selain merakamkan keadaan kanak-kanak perempuan menangis apabila mereka kena berpindah keluar.


Rupanya 120 pelajarnya termasuk 11 anak yatim dieksploitasi


Mengulas lanjut, Ismail berkata, pusat tahfiz itu dikesan mengeksploitasi kira-kira 120 pelajarnya termasuk 11 anak yatim di situ dengan mengarahkan mereka meminta derma sambil menjual produk.


Katanya, JKM akan mengambil 11 pelajar yang terdiri daripada anak yatim manakala 109 lagi yang semuanya berusia bawah 12 tahun diserahkan semula kepada ibu-bapa masing-masing.


“ Pusat tahfiz ini mula beroperasi pada 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah namun tidak berdaftar sebelum kita mengambil tindakan arah tutup.


“ Bagaimanapun, pusat terbabit masih beroperasi dan didapati menukar nama kepada Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari serta menjalankan kegiatan jualan seperti biasa.


“ Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat terbabit menghentikan operasi dan aktiviti jualan oleh pelajar.


” Namun mereka dikesan berpindah ke lokasi baharu di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan, terbaharu lokasi mereka di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani ” katanya.


Terima kasih kerajaan negeri kerana pantas menutup operasi pusat tahfiz itu


Dalam pada itu, Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Kamaruddin Kassim mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana bertindak pantas menutup operasi pusat tahfiz terbabit.


Kamaruddin berkata, usahanya selama ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh bagi mendedahkan kepincangan pusat tahfiz terbabit berhasil.


Katanya, kebenaran akhirnya muncul jua selepas tindakan yang diambil kerajaan negeri ke atas pusat tahfiz terbabit.


“ Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bertindak segera menutup pusat tahfiz terbabit yang cuba mengeksploitasi pelajarnya.


“ Hasil pertemuan itu, exco terbabit mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan termasuk JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk mengambil tindakan ke atas pusat tahfiz terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau juga berasa lega dengan arahan kerajaan negeri itu kerana selama ini dirinya difitnah mengada-adakan cerita berkaitan masalah pusat tahfiz terbabit.


Harian Metro hari ini melaporkan kerajaan negeri mengarahkan pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajarnya untuk mengutip derma.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.


Selain itu, katanya, ia turut dipercayai beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.


Lihat video yang ditularkan sebelum ini



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose


Sumber : hmetro & FB Janjai Hartanah


Norlida Ishak Shop