Expired : 18.06.18

Tulisan jawi dimartabat melalui Bengkel Pandai Jawi


Oleh : Nur Khadijah Mohd Noor

12 Mac 2019


SANDAKAN : Ekoran penggunaan tulisan jawi yang semakin kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, satu Bengkel Pandai Jawi telah dianjurkan oleh Majlis Guru PASTI (MGP) Sandakan pada ahad lalu.


Program yang diadakan di Pejabat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Libaran, dekat sini itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengajar, menulis dan membaca tuisan jawi.


Disamping itu, pemantapan pedagogi asas jawi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 turut ditekankan dalam bengkel yang melibatkan 42 orang guru itu.



Ustazah Norsyahida Binti Hasan yang merupakan penceramah bengkel mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur yang bertungkus lumus melaksanakan program.


“Jika bukan kita sendiri sebagai pendidik yang memartabatkan tulisan jawi, siapa lagi?” soal Ustazah Norsyahida.


Selain itu, Bengkel Asas Bahasa Arab yang dikendalikan penceramah Wan Najihah Binti Abdul Hadi turut dilaksanakan dalam program tersebut yang memberi pendedahan tentang asas pengajaran Bahasa Arab kepada murid-murid.


“Peluang hanya datang sekali dan jangan lepaskan peluang yang sedia ada kerana biasanya peluang kedua tidak akan datang,” nasihat Ustazah Wan Najihah selepas beliau menceritakan pengalamannya dipilih sebagai antara penulis buku teks Bahasa Arab.



Ustazah Wan Najihah juga memberi semangat kepada ahli MGP Sandakan agar sentiasa kreatif dalam mengajar agar pelajar minat dalam mempelajari bahasa Arab.


Rata-rata peserta yang ditemui amat berpuas hati dan berasa seronok kerana dapat banyak menimba ilmu baru.


Tambahan pula, aktiviti yang dilakukan semasa dalam bengkel memberi semangat dan motivasi kepada guru-guru agar mengajar dalam suasana yang kreatif dan proaktif.



The post Tulisan jawi dimartabat melalui Bengkel Pandai Jawi appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop