Expired : 18.06.18

Tun Daim terima ijazah di usia 81 tahun, graduan tertua di UM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Ijazah Kedoktoran (PhD) Sastera dan Sains Sosial kepada Tun Dr Daim Zainuddin pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-59 12 Oktober 2019. — Bernama pic

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Tun Daim Zainuddin mencatat sejarah apabila menjadi pelajar tertua menerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya, hari ini.

“Tahniah Tun Daim Zainuddin atas penganugerahan Ijazah Kedoktoran Sastera dan Sains Sosial,” catat institut pengajian tinggi (IPT) awam itu di Facebook.

“Beliau mencatat sejarah sebagai graduan tertua pada Istiadat Konvokesyen kali ke 59.”

Ijazah disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin, yang juga Canselor UM.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan bekas menteri kewangan, 81, mengambil masa 11 tahun sejak 2008 bagi menamatkan pengajiannya.

Daim berjaya menyiapkan tesis bertajuk “Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu: Kejayaan dan Kegagalan 1970-2008”.

Norlida Ishak Shop