Expired : 18.06.18

Tun M jumpa Azmin, semua presiden parti politik di Putrajaya

Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin politik hari ini. — Foto oleh Hari Anggara
Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin politik hari ini. — Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Perdana menteri interim mengadakan pertemuan dengan bekas timbalan presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya hari ini.

Pejabat perdana menteri dalam kenyataan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad turut menemui semua presiden parti politik dari PKR, PAS, Umno, DAP, Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


“Esok, Dr Mahathir dijangka bertemu Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” kata pejabat itu dalam kenyataan hari ini.


Dr Mahathir memulakan tugasnya sebagai perdana menteri sementara hari ini mengikut pelantikan Yang Dipertuan Agong selepas meletakkan jawatan semalam.


Manakala di Istana Negara, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memanggil semua ahli parlimen, 90 orang pada hari ini untuk menghadap bagi sesi “temubual”.


Manakala baki 131 orang dipanggil menghadap esok bagi mendengar pandangan masing-masing dalam tempoh kira-kira tiga minit.