Expired : 18.06.18

TUN MAHATHIR BERI AMARAN KEPADA TMJ DAN INI JAWAPAN PADU TENGKU MAHKOTA JOHOR TERHADAP AMARAN TUN M

Tunku Mahkota Johor (TMJ) “mempersilakan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
“Sila,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda sebentar tadi.
“If i have to go down kerana menegakkan perlembagaan/constitution, raja-raja Malayu, dan Islam.
“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya.”

Baginda menulis demikian ketika mengulang tweet Malaysiakini yang melaporkan amaran Mahathir itu.
Mahathir petang ini menegaskan tiada siapa di negara ini yang melampaui undang-undang, termasuk Tunku Ismail.
Menjawab soalan di lobi parlimen, katanya Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.

Tunku Ismail juga mempertahankan tindakannya memberikan pandangan seperti rakyat biasa.
“Macam Rakyat biasa saya berhak tanya Soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Habiskan apa yang kamu mulakan,” katanya.

TMJ boleh buat pilihan, sertai politik


PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa sidang media di lobi Perlimen di sini hari ini. - UT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh menyertai politik sekiranya ia adalah pilihan Tunku Mahkota Johor itu.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemangku Sultan Johor itu boleh membuat pilihan sendiri.
“Beliau boleh buat pilihan sendiri, jika beliau ingin sertai politik, beliau boleh sertainya.
“Tiada apa yang menghalang untuk mana-mana rakyat Malaysia untuk mengemukakan pendapat. Tunku Mahkota Johor juga salah seorang rakyat Malaysia, tiada apa lebih daripada itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada akan menyarankan kepada Tunku Ismail supaya menyertai bidang politik susulan kritikannya terhadap kepemimpinan negara, sejak akhir-akhir ini.
Sumber : Malaysia KINI dan Utusan Online

Norlida Ishak Shop