Expired : 18.06.18

Tunaikan Kewajipan Pada Rakyat Bukan Hina Dan Salahkan MP BN

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Parlimen kerajaan khususnya Ahli Parlimen Dap Jelutong, RSN Rayer diingatkan untuk berhenti menghina UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd. Muttalib berkata, sikap sedemikian harus dihentikan segera jika ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang mulia dan dihormati.


“Saya mohon… kerajaan dah tukar, PH sudah mengambilalih… jalankan tanggungjawab untuk memastikan janji dipenuhi bagi memastikan kesejahteraan rakyat pada masa depan.


“Bagi sebahagian Yang Berhormat (YB), cukuplah menghina, mengherdik, memburukkan pemimpin terdahulu. Saya minta maaf Jelutong, saudara kawan baik saya, kalau anda ingin menjadi seorang yang mulia, yang dihormati bukan sahaja dalam dewan ini, tapi di luar oleh masyarakat, maka janganlah keluarkan lagi kata-kata yang menghina orang.


“Sampai masanya nanti, waktu akan menentukan, mungkin PH akan tumbang sekali lagi dengan kerajaan lain…dan ketika itu, andai ada orang yang kita anggap bersalah pada hari ini, dan dibawa ke mahkamah dan mereka tidak bersalah, bagaimana Jelutong nak minta maaf?,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada Isnin.


Tambahnya Ismail, ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat seharusnya membicarakan mengenai kebajikan masyarakat, kepentingan tanggungjawab yang perlu digalas untuk membina semula negara tanpa mengira parti.


“…yang penting tanggungjawab kita sebagai pemimpin perlu dilaksanakan, tunaikan kewajipan kita kepada rakyat,” katanya.


Terdahulu, sebelum sesi pagi Dewan Rakyat ditangguhkan, Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menegur barisan kepimpinan kerajaan PH supaya tidak terus mengulangi dialog  menyalahkan UMNO dan BN dalam segala aspek kegagalan tadbir urus negara ketika ini.


“Kita perlu ada sesuatu untuk ditunjukkan. Sekarang ini, tiap-tiap (ahli parlimen PH) yang berucap tiada perkara lain…kecuali YB Kota Raja (Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu) yang bercakap tentang kementeriannya dari awal sehingga hari ini. Dia tak kisah bab-bab yang dahulu.


“Kalau Jelutong, mesti asyik cakap, salah UMNO, salah BN. Ulang-ulang cakap itu sahaja..itu contoh…,” ujarnya.-MediaUMNO


Norlida Ishak Shop