Expired : 18.06.18

“Tunggu PC Nanti” – Eizlan Yusof Bakal Bernikah Bulan Hadapan Dengan Tajaan RM2 Juta?

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Eizlan Yusof telah pun mengakhiri perkahwinannya selama 8 tahun bersama Vie Shanti Khan pada tahun 2015. Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata merangkumi dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.


Setelah hampir 4 tahun menduda, ramai yang tertanya-tanya sama ada pelakon lelaki itu akan mencari suri hati yang baru. Walaubagaimanapun, menurut khabar angin yang bertiup kencang, dikhabarkan dia bakal berkahwin pada bulan Disember nanti.


eizlan yusof bakal berkahwin dengan tajaan 2 juta


Namun begitu, lelaki itu sendiri telah tampil dan menafikan perkhabaran itu.


Insya-Allah segala persoalan akan terjawab pada sidang media yang akan dibuat pada 2 Disember ini. Sama ada apa yang diperkatakan selama ini betul atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Harap semua sabar.


Bukan sahaja isu perkahwinannya itu yang menjadi buah mulut orang ramai, bahkan ada spekulasi mengatakan bahawa Eizlan telah menerima tajaan sebanyak RM 2 juta untuk majlis yang kononnya bakal berlangsung pada bulan depan itu.


Kalau tarikh kahwin pun orang boleh berteka-teki, inikan pula mengenai penajaan. Tak apa, biarlah sidang media nanti menjawab segala persoalan. Saya anggap apa saja yang diberitakan sebelum ini sebagai satu doa.


Pelakon veteran ini juga mendedahkan bahawa dia kini sibuk menguruskan perniagaannya serta beberapa projek drama yang dilakonkannya. Jadi, dia tiada masa untuk melayan semua gosip ini.


eizlan yusof bakal berkahwin dengan tajaan 2 juta


Tunggu sahajalah sidang media yang bakal berlangsung pada 2 Disember nanti. Mungkin segala persoalan netizen bakal terjawab menerusi kenyataan rasmi Eizlan sendiri.


Sumber: MyMetro


Norlida Ishak Shop