v Tunjuk Bakat Membuat Biskut, Gelagat Wany Hasrita Tapis Gula Kasar Mencuit Hati Netizen
Expired : 18.06.18

Tunjuk Bakat Membuat Biskut, Gelagat Wany Hasrita Tapis Gula Kasar Mencuit Hati Netizen

Menggunakan resipi daripada personaliti memasak tular, Khairul Aming, Wany Hasrita  menunjukkan aksi membuat biskut namun gelagatnya yang tersilap mengikut resipi ternyata mencuit hati penonton.

Wany yang mempamerkan aksi amatur membuat biskut di laman instagramnnya itu telah menarik perhatian netizen.

View this post on Instagram

NENGOK LA WANY BUAT APA DGN GULA TU! ? . Kalau nk tau wany buat apa CLICK LINK ON BIO & JANGAN LUPA SUBSCRIBE??

Advertisement

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

 Video yang memaparkan Wany yang tersilap menapis gula kasar itu yang sebenarnya tidak perlu diayak menurut resipi sebenar. Dia yang cuba meniru resipi biskut coklat cip hasil daripada Khairul Aming itu menerima banyak komen daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

Penyanyi lagu Menahan Rindu ini juga memiliki saluran Youtube miliknya sendiri telah memiliki hampir 90,000 orang pengikut dan video memasak itu telah ditonton sebanyak 75,000 tontonan.